assalamualaikum dan selamat pagi
pagi yang cukup indah...., moga hari2 kita sntiasa mndapat keberkatan dariNya ! insya allah !
dh 2 hari kepala aku rsa berat je !! niat nk telan AKTIFAST tp aku abaikan je sbb xnk la bgantung kt ubat je kn ! kang jd habit lak, sakit skit nk makan ubat !
aku pn xpasti samada aku nie MIGRAIN ke x ! tp penah la g check n doktor kata aku MIGRAIN sbb xcukup tdo ! mmg pn ! dh on9 je manjang.., bler msanya aku nk tdo.. huhu..
INGAT YER KAWAN2... XCUKUP TDO LEH MENGUNDANG BANYAK BAHAYA.... antaranya :
1. MIGRAIN
2. BARAH OTAK
3. MATA YANG KUSAM
tp alhamdulillah..., aku br peringkat migrain yang rendah ! yg leh jd BARAH tu sbb otak kite perlukan rehat !
bler xrehat.., dia mengerah tenaga utk mncapai pncapaian maksimas (aku ke yg taip nie)....
umat akhir zaman nie smuenye dh xkuat ! sbb umat akhir zaman semakin tua. wlaupn mereka still BABY.., tp ikut pd umur dunia.., kite smuer dh TUA.. terlalu tua sama dengan usia DUNIA !!!
sbb tu xheran la rmai sgt n senang je manusia sekarang mndapat sakit n xlarat sana xlarat sni...
aku menaip bukan sekadar mngikut jari namun aku cakap bdasarkan fakta yang aku dgr mlalui sumber yang aku leh prcayai ! kebenarannya.., WALLAHUAKLAM (hanya ALLAH yang mengetahui)..
klau nak cakap usia dunia.., aku sndri pn xtw ! tp kite leh tafsir sndrik guna akal fikiran kite yg waras. lihat je la kerosakan dan bencana sana sini.. BUMI nie dh xsggp nk tahan segala bentuk kemusnahan yang manusia buat terhadap nye.., dan umur beliau pn dh terlalu tua ! korg penah dgr cter psl NABI DI ANGKAT KE LANGIT X? MALAM ISRAK MIKRAJ kn? (aku pn ingt2 lupa)//huhu
smpai je 1 langit (xingt langit ke berapa)..., NABI S.A.W ternmpak seorang perempuan tua yang bongkok. kemudian NABI MUHAMMAD S.A.W bertanya pada MALAIKAT "siapa perempuan tu?" (lbh kurang cmnie la dialog dia)..., MALAIKAT menjawab : "inilah DUNIA... UMUR DUNIA"
cuba korg bayangkan... kalau zaman NABI HIDUP pn perempuan tua tu dh bongkok.., cmner lak ngan zaman sekarang nie??? SUBHANALLAH !!! dh menyembah bumi kot bongkoknye ! YA ALLAH !
AKU BANYAK DOSA LG NIE ! BNYK LAGI KEBAIKAN YANG AKU LOM BUAT !
ARGHHH !!!!! (**muhasabah diri)...........
lgpn.., bnyk sumber dan bahan bacaan dh keluarkan TANDA-TANDA KIAMAT..., malah TANDA-TANDA KECIL KIAMAT kebanyakan dh nmpak kot... jom kite kongsi sama2..,
Wahai kawan-kawan ku tersayang... Bersyukurlah hari ini kita ditakdirkan lebih kaya dari semalam .....amin amin amin. Sebelum tidor cuba fikir-fikirkan berapa banyak tanda-tanda dibawah telah menghampiri kita.... Na'uzubbillah. Antara tanda-tanda KIAMAT KECIL berdasarkan hadis:
1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "saya menghitung 6 perkara menjelang - hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
- Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."
- Sahih Muslim
SEKADAR GAMBAR HIASAN
GAMBAR DARI FILEM TEMPATAN
sumber dari : google image
3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
" Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita"
- Ibnu Majah
SEKADAR GAMBAR HIASAN
sumber dari : google image
4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid"
- Riwayat -Nasai.
SEKADAR GAMBAR HIASAN
MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU
sumber dari : google image
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga."
- Riwayat Ahmad dan Hakim.
SEKADAR GAMBAR HIASAN
sumber : google image
6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran"
- Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia"
- Riwayat Thabrani
8)Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."
- Riwayat Ahmad
SEKADAR GAMBAR HIASAN
sumber : google image
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. "Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
SEKADAR GAMBAR HIASAN
(**xsencored lgsg,...iskh..iskh)
sumber : google image
PIC TELAH DI REMOVE UNTUK MENJAGA MATA ANDA. MAAF YER SEMUA!
special thanks to JEJAKA TERHANGAT kerana telah menegur aku. hehe
10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."
- Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu"
- Sahih Muslim
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar."
- Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai"
- Sahih Muslim
wallahuaklam ! aku rsa dh bnyk dah tnda2 kecil nie yang kita nampak !
MOGA ALLAH MEMBUKA PINTU HATI KITA SEMUA UNTUK SENTIASA BERIBADAH KEPADA NYA ! MOGA DAPATLAH KITA MENGHEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR DENGAN MENYEBUT LAILAHAILALLAH !!!